Tuesday, February 9, 2016

SEJARAH PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN MUKAH

Sekolah Kebangsaan Mukah merupakan sekolah keempat yang menyertai Kelab Doktor Muda di Bahagian Mukah. Majlis pelancaran dan perasmian telah dijalankan pada 

Pada awal penubuhan, Kelab Doktor Muda telah disertai  19   orang ahli Doktor Muda. Pemilihan ahli dilakukan berdasarkan kriteria seperti memiliki pencapaian akademik yang baik, minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah, rajin, bertanggungjawab, berani, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan, berpengaruh, berpersonaliti menarik, boleh bekerja dalam kumpulan, dan mempunyai pengetahuan am tentang kesihatan.

Murid yang menjadi ahli semasa di tahun 4 akan kekal menjadi ahli sehingga Tahun 6. Selain menjalankan aktiviti harian, ahli kelab Doktor Muda diwajibkan untuk hadir dalam aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 2.45 hingga 3.45 petang.

Jumlah guru penasihat yang terlibat semasa penubuhan kelab ini  ialah seramai empat orang. Guru berkenaan ialah cikgu Razimah Bt Arifin, Cikgu Zullina Binti Ramli, Cikgu Angela Bt Bujang dan Cikgu Marzuki Bin Ali Mahamud.  Guru penasihat kelab dilantik bagi menjaya dan melaksanakan aktiviti Program Doktor Muda berlandaskan modul yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.

Jumlah keahlian Doktor Muda sehingga kini ialah seramai 31 orang. Kelab Doktor Muda mempunyai sebuah bilik khas sebagai bilik operasi Kelab Doktor Muda. Bilik ini dilengkapi dengan 3 katil, kit pertolongan cemas, kerusi, almari,  rak  buku, meja hiasan, peralatan menimbang dan pengukur ketinggian.  Selain daripada itu, kelab ini juga mempunyai satu lagi bilik khas iaitu bilik operasi kebersihan gigi. Bilik ini berfungsi sebagai tempat pertemuan ahli kelab semasa menjalankan tugas membimbing warga sekolah memberus gigi dengan betul. Bilik ini turut menempatkan gelas, ubat gigi,  dulang dan baldi yang digunakan untuk aktiviti memberus gigi.

Sepanjang penubuhan, Kelab Doktor Muda SK Mukah telah menyertai konvensyen yang diadakan di peringkat Bahagian Mukah ( Pertandingan Kuiz, Inovasi Bahan Bantu Mengajar, Bicara Spontan BI dan BM, Projek Intervensi Pendidikan Kesihatan Rakan Sebaya, Tokoh Doktor Muda,  Sekolah Cemerlang & Projek Bersama Komuniti, Negeri Sarawak ( Tokoh Doktor Muda,  Sekolah Cemerlang & Projek Bersama Komuniti )dan juga Kebangsaan ( Sekolah Cemerlang & Projek Bersama Komuniti ) . Selain itu, Kelab Doktor Muda juga aktif terlibat dengan pelbagai pertandingan pergigian yang dianjurkan oleh Unit Pergigian Hospital Bahagian Mukah. Sehingga kini, Kelab Doktor Muda  di SK Mukah sedikit sebanyak telah mempromosikan aspek kesihatan kepada warga sekolah.

No comments: