SEJARAH PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN
MUKAH
Sekolah Kebangsaan
Mukah merupakan sekolah keempat yang menyertai Kelab Doktor Muda di Bahagian
Mukah. Majlis pelancaran dan perasmian telah dijalankan pada
Pada awal penubuhan,
Kelab Doktor Muda telah disertai 19 orang ahli Doktor Muda. Pemilihan ahli
dilakukan berdasarkan kriteria seperti memiliki pencapaian akademik yang baik,
minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah, rajin,
bertanggungjawab, berani, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan, berpengaruh,
berpersonaliti menarik, boleh bekerja dalam kumpulan, dan mempunyai pengetahuan
am tentang kesihatan.
Murid yang menjadi
ahli semasa di tahun 4 akan kekal menjadi ahli sehingga Tahun 6. Selain
menjalankan aktiviti harian, ahli kelab Doktor Muda diwajibkan untuk hadir
dalam aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 2.45 hingga 3.45
petang.
Jumlah guru penasihat
yang terlibat semasa penubuhan kelab ini ialah seramai empat orang. Guru berkenaan
ialah cikgu Razimah Bt Arifin, Cikgu Zullina Binti Ramli, Cikgu Angela Bt
Bujang dan Cikgu Marzuki Bin Ali Mahamud.
Guru penasihat kelab dilantik bagi menjaya dan melaksanakan aktiviti
Program Doktor Muda berlandaskan modul yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.
Jumlah keahlian
Doktor Muda sehingga kini ialah seramai 31 orang. Kelab Doktor Muda mempunyai
sebuah bilik khas sebagai bilik operasi Kelab Doktor Muda. Bilik ini dilengkapi
dengan 3 katil, kit pertolongan cemas, kerusi, almari, rak
buku, meja hiasan, peralatan menimbang dan pengukur ketinggian. Selain daripada itu, kelab ini juga mempunyai
satu lagi bilik khas iaitu bilik operasi kebersihan gigi. Bilik ini berfungsi
sebagai tempat pertemuan ahli kelab semasa menjalankan tugas membimbing warga
sekolah memberus gigi dengan betul. Bilik ini turut menempatkan gelas, ubat
gigi, dulang dan baldi yang digunakan
untuk aktiviti memberus gigi.
Sepanjang penubuhan,
Kelab Doktor Muda SK Mukah telah menyertai konvensyen yang diadakan di
peringkat Bahagian Mukah ( Pertandingan Kuiz, Inovasi Bahan Bantu Mengajar, Bicara Spontan BI dan BM, Projek Intervensi Pendidikan Kesihatan Rakan Sebaya, Tokoh Doktor Muda, Sekolah Cemerlang & Projek Bersama Komuniti, Negeri Sarawak ( Tokoh Doktor Muda, Sekolah Cemerlang & Projek Bersama Komuniti )dan juga Kebangsaan ( Sekolah Cemerlang & Projek Bersama Komuniti ) . Selain itu, Kelab Doktor
Muda juga aktif terlibat dengan pelbagai pertandingan pergigian yang dianjurkan
oleh Unit Pergigian Hospital Bahagian Mukah. Sehingga kini, Kelab Doktor
Muda di SK Mukah sedikit sebanyak telah mempromosikan
aspek kesihatan kepada warga sekolah.